PROFIL SYARIKAT
   
 
CSM DAIRY SUCCESS SDN BHD adalah syarikat yang mengendalikan hal berkaitan OEM bagi individu yang berminat untuk menjalankan perniagaan bersama Cipta Success Marketing (CSM). CSM beroperasi di Seremban, Negeri Sembilan. Sebagai pengeluar produk tenusu berasaskan serbuk susu kambing di Malaysia, CSM sentiasa mempertingkatkan penyelidikan dan teknologi dalam penghasilan produk berasaskan susu kambing bagi memenuhi permintaan pengguna di peringkat domestik dan juga antarabangsa.
 
Penggunaan mesin berteknologi tinggi membolehkan CSM untuk mempertingkat pengeluaran tahunan seiring dengan permintaan pelanggan yang makin meningkat. CSM membuka peluang kepada Usahawan OEM yang ingin memulakan perniagaan produk jenama sendiri berasaskan susu kambing, kopi, koko, susu lembu dan teh. 
 
Pelbagai khidmat sampingan ditawarkan kepada usahawan OEM yang bersama CSM Dairy Success Sdn Bhd antaranya khidmat nasihat, khidmat reka bentuk bungkusan, khidmat pensijilan, khidmat pencetakan produk dan khidmat penghantaran.
 
     
Switch To Desktop Version